Sempena hari keputusan SPM 2011, ruangan pada kali ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli PKHMS yang telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2011. Kami berharap dengan keputusan ini, ia akan menjadikan titik perubahan dalam hidup anda dalam menghadapi satu tahap baru dalam hidup anda.
Setiap dari anda seharusnya bangga dengan keputusan anda, ini kerana keputusan itu juga yang menunjukkan kesungguhan dan usaha anda. Namun yang merasa kecewa terhadap keputusan SPM, jangan merasa sedih dan teruskan berjuang dalam mengejar cita-cita dan impian. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Ingin diingatkan bahawa SPM bukan penentu kejayaan hidup tapi ia hanya permulaan untuk jaminan hidup.
Oleh itu, isi masa terluang anda semua dengan baik sementara menunggu panggilan IPTA dan IPTS yang kebanyakannya bermula pada bulan September. Kepada yang dipanggil ke Program Latihan Khidmat Negara, tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.
Rajin-rajinlah ke pameran atau ekspo yang menawarkan khidmat nasihat mengenai pemilihan IPTA dan IPTS tidak kira di luar negara atau di dalam negeri bagi menentukan masa depan anda semua.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin Mohd Fairus dan teman hidupnya Nurul Hanis yang telah melangsungkan majlis perkawinan mereka pada hari Ahad bersamaan 11 Mac 2012. Di alamat No. 44, KM 18, Kampung Pulai, Durian Tunggal, 76100, Melaka. Kedua pasangan ini adalah putera dan puteri kepada Haji Ahmad Bin Ali dan Hajjah Rossminah Binti Hj Yaakup (terkenal dengan panggilan Nyo Nya).
Bagi kami di pihak PKHMS ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasangan pengantin dan keluarga Hajjah Rossminah di atas keberkatan perkahwinan ini. Kami juga mendoakan agar pasangan pengantin baru ini berbahagia sehingga ke akhir hayat mereka dan dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah.
Sempena menyambut tahun baru 2012, kami dari pihak PKHMS ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Kami mengharap agar tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Pelbagai peristiwa yang berlaku pada tahun ini, suka duka pahit manis dilalui. Kepada yang sudah pergi ramai-ramailah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah. Kepada yang baru mendirikan rumah tangga ucapan semoga berbahagia ke anak cucu diucapkan. Kepada yang menyambut kedatangan ahli keluarga baru, semoga berbahagia dengan pemberian dari Allah s.w.t.
Namun walau apa pun yang terjadi, diharap agar dibuang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga tahun baru ini dapat menjadikan kita lebih tabah, kuat dan sabar menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang 2012.
Pada ruangan kali ini, pihak PKHMS ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Hafidz Bin Datuk haji Zainal Abidin dan pasangannya iaitu Nensi Binti Nawir yang telah diijabkabulkan pada hari Sabtu bersamaan 3hb Disember 2011. Upacara pernikahan ini telah berlangsung di masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan di Kg. Baru Pasir Putih, Tawau, Sabah.
Ucapan tahniah sekali lagi kepada Muhammad Hafidz dan pasangan serta Keluarga Datuk Haji Zainal Abidin kerana menerima ahli keluarga baru. Kami dari pihak PKHMS berdoa agar kepada pasangan pengantin ini berbahagia hingga ke akhir hayat.
Pengumuman juga kepada semua ahli PKHMS, pada hari Sabtu, 24hb Disember 2011 bersamaan dengan 28 Muharam 1433 Hijrah akan diadakan Majlis Perkahwinan pihak sebelah lelaki di Dewan Zaaba, IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Dijemput semua ahli PKHMS hadir ke majlis perkahwinan ini.
Sempena menyambut tahun baru ini, pihak PKHMS ingin mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua ahli PKHMS yang berada di mana-mana. Semoga dengan datangnya tahun baru ini, ia dapat memberikan rahmat dan keberkatan dari Allah swt kepada diri, keluarga dan masyrakat. Kepada pelajar-pelajar yang sedang mengambil peperiksaan SPM, kami dari pihak PKHMS mengucapkan selamat berjaya dan berusaha sehingga ke saat-saat terakhir.
Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."